Saturday, December 18, 2010

kita hampir tiba ke semester Disember 10/11

pengumuman untuk semua pelajar tahun 1, 2 dan 3.
satu perjumpaan untuk melakar kecemerlangan akan diadakan di DSJ pada 8 januari 2011, jam 8.30-10.30 pagi.
semua pelajar diwajibkan hadir.
tolong sebarkan kepada rakan-rakan okeh.
thnx!

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Allah menjadikan puasa sebagai benteng bagi para wali-Nya dan perlindungan bagi mereka daripada tipu daya syaitan dan angan-angan. Sabda Nabi saw:

“Puasa itu perisai”

Dan sabdanya lagi:

“Puasa itu separuh kesabaran”

Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya.

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari. Ia adalah diri seseorang yang tidak dapat dilihat. Ia adalah amalan hati yang disertai dengan kesabaran semata-mata. Puasa adalah suatu penentangan terhadap musuh Allah (nafsu dan syaitan) yang bergerak melalui keinginan syahwat.


Kewajipan-kewajipan puasa

1. Melihat anak bulan sebagai tanda awal Ramadhan. Sekiranya tidak nampak, genapkan bulan sya’ban 30 hari.

2. Niat puasa di setiap malam Ramadhan. Contoh niat: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala. Disunatkan berniat untuk
keseluruhannya iaitu di malam pertama. Contohnya niat: Sahaja aku puasa sekelian bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

3. Menahan diri dari makan minum dan memasukkan sesuatu melalui rongga-rongga di badan.

4. Menahan dari melakukan persetubuhan pada siang hari. Kiranya terlupa, ia tidak dianggap telah berbuka. Puasanya wajib diteruskan.

5. Menahan diri dari mengeluarkan mani dengan sengaja.

6. Menahan diri dari muntah dengan sengaja dan tidak boleh menelan kahak yang sudah sampai di tengah mulutnya.


Perkara yang perlu dilakukan apabila batal puasa

1. Berhenti daripada makan minum dan perkara yang seumpamanya pada baki hari yang masih tinggal – bagi yang tidak berpuasa atau berbuka tanpa sebab. Juga setelah nampak anak bulan pada hari syak (30 Sya’ban sedangkan orang lain tidak berpuasa)

2. Qadha – Kewajipan umum bagi setiap mukalaf yang telah batal puasanya samada dengan uzur atau tidak (umpamanya wanita yang datang haid)

1. Kaffarah – Hukuman bagi yang bersetubuh di siang Ramadhan. Ia termaktub pada tiga hukuman.
• Merdekakan seorang hamba.
• Puasa dua bulan berturut-turut.
• Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

(Hanya perlu melakukan salah satu dari yang tiga itu mengikut kemampuan).

4. Mengeluarkan Fidyah – Iaitu mensedekahkan satu hari yang ditinggalkan dengan satu mud (cupak) gandum atau beras kepada fakir miskin. Kemudian puasa itu diqadakan. Begitu juga bagi wanita yang mengandung atau ibu yang sedang menyusukan anak (dikhuatiri dengan puasanya akan memudaratkan bayinya) dan kepada orang tua yang telah uzur kecuali keuzurannya berterusan, hanya perlu membayar fidyah sahaja.


Sunat-sunat puasa

1. Melewatkan sahur
2. Menyegerakan berbuka (dengan tamar dan air).
3. Banyak bersedekah
4. Bertadarus Al Quran
5. Iktikaf di dalam masjid pada 10 hari terakhir dari Ramadhan.


Tingkat puasa

1. Puasa Umum – Menahan perut dan kemaluan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

2. Puasa Khusus – Pengekangan seluruh pancaindera daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

3. Puasa Khususul-Khusus – Berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut dan ditambah dengan puasa hati iaitu membersihkan hati daripada segala cita-cita yang kotor dan lalai daripada Allah Taala.


Rahsia-rahsia Puasa

1. Mengawal pandangan daripada melihat perkara tercela yang boleh mengganggu hatinya dari mengingati Allah.

2. Memelihara lidah daripada berkata perkara-perkara keji.

3. Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang.
4. Memelihara perut daripada menerima makanan yang syubahat dan membatalkan puasa.

5. Tidak digalakkan banyak makan di waktu berbuka sekalipun daripada rezeki yang halal.

6. Hendaklah hati berasa bimbang antara takut dan harap kerana tidak mengetahui adakah puasanya itu diterima Allah atau tidak. Sabda Nabi saw:

“Ada orang yang berpuasa tetapi dia tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga.”

fadhilat ramadhan


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Monday, July 12, 2010

Welcome Back To Campus!


Welcome to July 2010/2011 semester mathematicians!
Have a good year ahead of you.

This is what HIMMAT has is store for you for this semester:
  • Kursus Pengurusan Organisasi
  • Induction Day
  • Minggu Matematik
  • Lawatan Sambil Belajar
  • and many more.......
Feel free to join them!

=]

Tuesday, June 29, 2010

Majalah HIMMAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, idea ini masih dalam peringkat cadangan dan jawatankuasa HIMMAT memerlukan pandangan serta respon dari ahli bagi meneruskan idea ini.

Jadi, kami mengalu-alukan ahli yang berminat untuk menyertai sidang redaksi majalah ini dan juga sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan idea bagi membangunkan majalah ini.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi mana-mana ahli jawatankuasa atau memberi komen di sini.
Respon anda amatlah diharapkan.

Terima Kasih.

Nabilah Rozzani
AJK Multimedia

Monday, April 19, 2010

Happy Holidays!


after almost a month of die-hard studying, it is now the time for holidays!
HIMMAT wishes you a blissful three-month holiday.
Be careful always, where ever you are.
And come back to UMT safely.
Remember, we're going to start our classes back on July 10th.
See you then!

=]

footnote: 2nd years, we hope you enjoy your industrial training no matter where your workplace is.

Sunday, March 28, 2010

Final Exam!

credit: deviantArt

good luck everyone!
=]

Sunday, March 21, 2010

Malam Sanggar Mustika 2010

credit: Hannah Hilal

20th March, 2010 marks the grand dinner organized by HIMMAT. This dinner is annually organized with the committee consisting of the 1st year students to celebrate their 3rd year seniors who are going to be graduating at the end of this semester.

this year's event, Malam Sanggar Mustika, themed "Elegant and Exclusive", was organized at Intan Hall, Permai Inn, Kuala Terengganu. This dinner was officiated by Dr. Md Lazim Abdullah. Other lecturers who attended the event includes Prof. Dr. Ismail Mohd, Dr. Ilyani Abdullah, Dr. Hassilah Saleh, and also not forgetting En. Che Imran Che Taib as the club's advisor.

The event begins with a brilliant gimmick of having the VIP to walk down the aisle to their table with lighted candles being held along the way. Then there were speeches by:
Afiq Sahidi, the project manager
Mohd Fauzee Fatihah Wong, ex-president of HIMMAT
Inauguration Speech by Dr. Lazim

Next up was the multimedia slideshow which launches the event as well as HIMMAT's blog and facebook!

Then it was time to eat! hehe.
And there were some lucky draws.

And the most-waited time for the event, the announcement of King&Queen and Prince&Princess. And here are the results:

King & Queen: Mohd Fauzee Fatihah Wong & Amirah Diana Zain
Prince & Princess: Izzat Fakhruddin & Asilah Ismail

The event ended at 11.30pm.

congrats to everyone who got lucky!
congrats to the committee who had made a great effort in making this a memorable event!
a huge thank you to everyone who made it there!

and hope you guys had fun there!
=]

Friday, March 19, 2010

Dinner


Marilah bersama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan HIMMAT yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh: 20 Mac 2010
Tempat: Permai Inn, Kuala Terengganu
Masa: Bermula 8.00 malam
Tema Majlis: Elegant and Exclusive

Friday, March 12, 2010

Minggu Kolej Kediaman 2010

Jumaat, 12 Mac 2010 menutup tirai gerai jualan HIMMAT di Minggu Kolej Kediaman 2010.
Ribuan ucapan tahinah dan terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang membantu dalam menjayakan gerai jualan HIMMAT pada minggu tersebut.
Terima kasih juga kepada yang datang membeli dan menambahkan lagi hasil jualan.
Untuk pengetahuan, HIMMAT membuka dua gerai, satu gerai makanan dan satu lagi gerai pakaian.

Diharap agar aktiviti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dengan sokongan ahli yang jitu sepertimana yang telah ditunjukkan pada minggu ini.

=]

Thursday, March 4, 2010

Seeking Volunteers!

HIMMAT is going to open a stall in conjunction with 'Minggu Kolej Kediaman' which is going to be held from March 7th until March 11th. If you are interested to join us helping out to be the HIMMAT ambassadors (which is to be salesgirls/boys), please don't hesitate to contact your class representatives from now onwards. Further details will be informed by your class reps in time.

Your cooperation is highly appreciated. Thanks!

=]

Monday, March 1, 2010

Pertandingan Debat Naib Canselor 2010

credit : Hannah Hilal

HIMMAT telah menghantar 4 pasukan ke Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2010 anjuran Kelab Debat Mahasiswa Intelektual (DEMI). Pusingan awal telah berlangsung pada 26 Februari 2010, di mana 2 pasukan kita terpaksa menarik diri atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 2 pasukan lagi, iaitu HIMMAT A dan HIMMAT B telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Berikut adalah perjalanan mereka bermula dari peringkat suku akhir (pasukan yang menang diwarnakan hijau):
Suku Akhir (27 Februari 2010):
HIMMAT A vs HEVOTECH
HIMMAT B vs POSESO A

Separuh Akhir (27 Februari 2010):
HIMMAT A vs FICOS A
HIMMAT B vs DOUBLE HELIX A

Akhir (28 Februari 2010):
HIMMAT vs FICOS

Pada peringkat akhir, pasukan HIMMAT yang membawa mandat sebagai kerajaan yang membawa usul 1Malaysia : Kita Masih Sama telah berjaya meyakinkan juri untuk tidak menolak usul tersebut. Tahniah!


Tahniah juga kepada ahli HIMMAT yang sudi hadir memberikan sokongan kepada pasukan yang berentap pada pusingan akhir, walaupun ada yang baru pulang dari kelas. Terima kasih!

=]